Selasa, 7 Ogos 2012

KONSEP STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK

KONSEP STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK BAHAGIAN 1 Edward M. Anthony, merumuskan bahawa strategi pengajaran dan pembelajaran berhubung rapat dengan pendekatan, kaedah dan teknik mengajar. Ia merujuk kepada satu perancangan yang berkesan dalam menentukan pendekatan serta memilih dan menyusun kaedah dan teknik mengajar secara logikal dan sistematik untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum. Bagi seseorang yang baru mengorak langkah dalam arena pengajaran malah ramai guru yang berpengalaman, konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat sukar dibeza-bezakan. Apa lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan di antara keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru pelatih yang menjalankan latihan mengajar supaya ilmu pedagogi yang dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik darjah. Secara literalnya, Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat memberi makna yang secara keseluruhannya dapat memberi pengertian yang berbeza antara pendekatan, strategi, kaedah dan teknik. Menurut Kamus Dewan, strategi membawa maksud rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan manakala pendekatan diberikan tafsiran cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti penyelesaian masalah. STRATEGI PENGAJARAN Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harus mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan. Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila kita menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan induktif atau pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan dan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan. Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya. Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengaajaran. Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain. Kaedah dan Teknik Pemusatan Guru i. Penerangan ii. Demonstrasi iii. Syarahan iv. Pengajaran Berkumpulan/Berpasukan v. Pengajaran Mikro vi. Bercerita vii. Keseluruhan Kelas Kaedah dan Teknik Pemusatan Murid i. Projek ii. Inkuiri-penemuan iii. Perbincangan iv. Penyoalan v. Penyelesaian Masalah vi. Simulasi vii. Main Peranan viii. Sumbangsaran ix. Kumpulan x. Pembelajaran Melalui Pengalaman Kaedah dan Teknik Pemusatan Bahan i. Audio-visual ii. Penggunaan Komputer iii. Penggunaan Bahan Cetak iv. Pengajaran-pembelajaran Kesepaduan v. Modul vi. Penggunaan Buku Teks dan Buku Rujukan PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA Dalam pengajaran bahasa terdapat empat pendekatan pengajaran iaitu : • Pendekatan Deduktif • Pendekatan Induktif • Pendekatan Elektif • Pendekatan Komunikatif 1.Pendekatan Deduktif Pendekatan pengajaran ini mengutamakan penguasaan undang-undang ataupun peraturan bahasa daripada penggunaan bahasa . Guru –guru yang menggunakan pendekatan ini biasanya memulakan pengajaran bahasa mereka dengan huraian undang-undang bahasa yang hendak diajar sebelum memberi contoh-contoh penggunaannya. Contohnya ,apabila seseorang guru mengajar ayat tunggal , guru akan memberi takrif ayat tersebut sebelum menunjukkkan contoh-contoh penggunaanya . 2.Pendekatan Induktif Pendekatan ini pula mengutamakan contoh penggunaan bahasa daripada undang-undang atau peraturan bahasa.Pengajaran dimulakan dengan memberi contoh penggunaan unsur-unsur bahasa yang diajar sebelum guru menghuraikan undang-undang bagi unsur tersebut. Contohnya ,dalam pengajaran tentang ayat tunggal , guru akan memulakan pengajarannya dengan menunjukkan contoh-contoh ayat tunggal.Kemudian berpandukan contoh-contoh yang dibuat , guru akan memandu murid-murid supaya sampai kepada takrif ayat tunggal. 3.Pendekatan Eklektif Pendekatan ini menggabungkan kedua-dua pendekatan di atas untuk menghasilkkan satu strategi pengajaran. Misalnya, guru memulakan pengajaran dengan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengan aspek bahasa yang hendak diajar, ini ditambah dengan contoh-contoh murid-murid. Murid-murid dipandu untuk sampai kepada undang-undang bahasa. Murid-murid kemudiannya didorongkan untuk memberi contoh-contoh lain dalam konteks yang hampir sama . Sebaliknya guru boleh juga memulakan pengajarannya dengan menyatakan undang-undang yang berkenaan dengan aspek bahasa yang diajar. Kemudian memberi contoh-contoh.Contoh-contoh lain didapati oleh murid untuk menerangkan undang-undang tadi. Akhirnya undang itu digunakan dalam konteks atau misalan-misalan yang hampir sama. 4.Pendekatan Komunikatif Pendekatan ini mengutamakan kecekaapan berkomunikasi .Pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa yakni penguasaan sIstem tatabahasa serta kecekapan berkomunikasi, kecekapan yang pertama membolehkan seseorang murid menguasai struktur bahasa yang tepat bagi menyampaikan mesej kepada khayalaknya. Kecekapan yang kedua membolehkan murid tersebut menggunakan bahasa yang sesuai dengan khalayak yang dihadapinya. Pengajaran dimulakan dengan latihan menggunakan struktrur bahasa yang tepat dan sesuai dengan sesuatu aktiviti komunikasi yang dipilih oleh guru . Pendekatan induktif dan deduktif digunakan dalam latihan ini.Kemudian murid- murid akan melibatkan diri dalam aktiviti berkomunikasi atau berinteraksi bagi membolehkan mereka menggunakan struktur ayat yang dilatih. Pendekatan pengajaran ini lebih berpusatkan murid daripada guru. BAHAGIAN 2 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA Pendekatan pengajaran bahasa di atas menghasilkan beberapa jenis kaedah pengajaran . Di antaranya ialah : • • kaedah Nahu –Terjemahan/ tradisional • • kaedah membaca • • kaedah Terus • • kaedah fonetik/linguistik • • Kaedah Eklektif • • Kaedah Audio-Lingual • • Kaedah Nahu Terjemahan 1.KAEDAH NAHU Tujuan kaedah Nahu Terjemahan : 1. Membolehkan pelajar-pelajar memahami nahu sesuatu bahasa dan juga melatih pelajar menulis menggunakan bahasa yang betul. 2. Membolehkan pelajar-pelajar menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan sebaliknya. 3. Melengkapkan pelajar dengan perbendaharaan kata yang luas yang dapat digunakan dalam penulisan. 4. Membolehkan pelajar-pelajar membaca dan menterjemahkan makna buku- buku yang dibaca ke bahasa ibuanda dan membolehkan mereka menikmati nilai kesusasteraan yang dibaca. Teknik Mengajar 1. Pelajar –pelajar diperkenalkan kepada undang-undang nahu dahulu.Guru memberi penerangan kepada pelajar mengenai undang-undang ini dan kemudiannya memberi misalan. Undang-undang nahu ini perlu dihafalkan. 2. Pelajar-pelajar diberi senarai perbendaaraan kata yang perlu dihafal.Dalam pembelajaran bahasa kedua senarai perbendaharaan ini dipasangkan dengan makna dalam bahasa kedua.Pelajar-pelajar kemudianya disuruh membuat ayat- ayat dengan menggunakan senarai perbendaharaan kata itu berdasarrkan undang-undang yang dipelajari. Dalam pembelajaran bahasa kedua asing pelajar-pelajar juga dikehendaki membuat terjemahan ayat-ayat daripada bahasa asing/kedua ke bahasa ibuanda atau sebaliknya. Sifat-sifatnya 1. Kaedah ini bersifat deduktif 2. Kaedah ini lebih mementingkan bahasa tulisan daripada bahasa lisan. Kaedah Bacaan Kaedah bacaan ini merupakan satu “ short cut “ untuk penguasaan bahasa. Tujuan 1. Untuk memperkembangkan kebolehan mereka membaca. 2. Membolehkan pelajar mempelajari bahasa kedua/ asing tanpa terjemahan. Teknik Mengajar 1. Guru cuba menggunakan cara yang paling berkesan supaya di akhir kursus itu pelajar dapat membaca bersendirian. 2. Pelajar-pelajar dilatih menyebut sebutan-sebutan dengan betul dan menggunakan pola-pola pertuturan yang mudah. 3. Bacaan secara kuat dan senyap dijalankan untuk mereka memahami 3 teks yang dibaca. 4. Latihan bertulis hanya didasarkan kepada latihan-latihan yang membolehkan pelajar-pelajar mengingatkan struktur-struktur dan pembendaharaan kata yang penting pada fahaman teks. 5. Pembelajaran tatabahasa hanya didasarkan pada bacaan supaya membolehkan pelajar-pelajar mengenali beberapa bentuk katakerja, katanama dan lain-lain.Penghasilan struktur-struktur ayat secara aktif tidak diutamakan. 6. Biasanya kaedah ini memulakan pelajaran bahasa dengan bahagian lisan, pelajar-pelajar diperkenalkan dengan system bunyi bahasa yang dipelajari dengan cara mendengar dan bertutur dengan menggunakan rangkaikata simple . Bila ini sudah tercapai pelajar-pelajar membaca buku teks, ini diikuti dengan latihan lisan dan menjawab soalan. 2.KAEDAH MEMBACA 1. Menambahkan kebolehan pelajar-pelajar yang baik dalam bacaan tetapi akan mendatangkan kesusahan kepada pelajar-pelajar yang mempunyai kesulitan membaca. 2. Hasil kaedah ini mungkin dalam bentuk kuantiti tetapi tidak dalam bentuk kualiti.Pelajar-pelajar mungkin habis membaca sebuah buku tetapi tidak dapat memahami apa yang dibaca . 3. Kaedah ini juga menimbulkan pelajar-pelajar yang dapat membaca buku teks tetapi tidak dapat membaca serta memahami bahan bacaan lain ataupun menghasilkan pelajar-pelajar yang boleh membaca tetapi dapat memahami dan bertutur dalam bahasa yang dipelajari. 3.KAEDAH TERUS Kaedah ini dikenali sebagai kaedah tentera kerana kaedah ini mula digunakan untuk melatih pegawai tentera dan diplomat dalam perang Dunia Kedua dahulu. Tujuan 1. Membolehkan pelajar-pelajar menguasai keempat-empat kemahiran bahasa,contohnya mendengar, bertutur, mmembaca dan menulis. 2. Membolehkan pelajar-pelajar menggunakan bahasa yang dipelajari di dalam masyarakat yang berkenaan. Teknik Mengajar 1. Pelajaran bahasa dimulai dengan menghubungkan pelajar-pelajar itu terus dengan bahasa yang hendak dipelajari. Kanak-kanak diperkenalkan dengan sistem bunyi bahasa itu. Sebutan penutur naratif dijadikan model dan pertuturan ini ditiru oleh pelajar-pelajar ..Terjemahan tidak digunakan langsung. 2. Segala makna perkataan yang tidak difahami dijelaskan dengan cara huraian, lukisan, aksi, perkataan seerti, perrkataan berlawan dan lain-lain. 3. Pelajaran tatabahasa diajar secara induktif ,pola-pola ayat yang hendak diajar dilatihtubi dahulu sehingga pelajar-pelajar dapat menguasainya. Undang-undang tatabahasa hanya diajar selepas penguasaan struktur ayat. 4. Bahan-bahan bacaan yang digunakan merupakan bahan-bahan yang ada kaitan dengann latihan lisan yang dibuat. Sifat-sifat 1. Pengajaran bahasa kaedah ini mengutamakan bahasa lisan kerana penganjur-penganjur kaedah ini menganggap bahawa dalam pembelajaran bahasa pertama/ibuanda/natif kanak-kanak belajar secara mendengar dan bertutur. 2. Pelajar-pelajar dihubung terus dengan bahasa yang hendak diajar. 3. Terjemahan tidak digunakan langsung. Oleh kerana sebutan yang betul diutamakan, kaedah ini memerlukan ilmu fonetik. Jadi kaedah ini merupakan gabungan linguistic dengan pengajaran bahasa. Kelemahan-kelemahan 1. Oleh kerana kaedah ini mengutamakan bahasa lisan ,pelajar-pelajar tidak dapat menulis dengan betul. Hasil tulisan mereka merupakan struktur-struktur natif yang disalut dengan perbendaharaan kata asing. Ini adalah kerana murid- murid telah mempunyai kebiasaan pertuturan bahasa ibuanda yang kukuh sebelum belajar bahasa kedua atau bahasa asing. 2. Oleh kerana masa yang diperlukan untuk pengajaran kaedah ini terlalu lama, ia mungkin dapat dipraktikkan di sekolah, keraana di sekolah mata pelajaran lain juga perlu diajar. 3. Bahan-bahan yang digunakan dalam kaedah ini merupakan bahan-bahan yang boleh dihafalkan, ataupun bahan perrbualan yang telah ditetapkan ,maka ini mungkin tidak sesuai untuk perkembangan kebiasaan pertuturan yang sistematik. 4.KAEDAH KOD KOGNITIF J. B . Carroll berpendapat kaedah kod kognitif merupakan pembaharuan dan pengubahsuaian terhadap kaedah nahu terjemahan. Chomsky berpendapat bahawa bahasa merupakan sitem rumus-rumus bahasa yang ternyata melalui bentuk linguistic.Pengetahuan bahasa adalah dalam bentuk abstrak dan bersifat sejadi dan sejagat.Seorang kanak-kanak telah dianugerahkan keceekapan semula jadi rumus-rumus bahasa ibuandanya dalam jangka masa yang singkat. Pada umumnya Diller (1971 ) berpendapat bahawa kaedah ini mempunyai andaian berikut terhadap bahasa : • Merupakan satu tingkah laku yang ditetapkan dengan peraturan- peraturan. • Boleh digunakan untuk berfikir. • Peraturan-peraturan tatabahasa nyata dari segi psikologi. • Manusia mempunyai kecekapan untuk berbahasa. Di samping itu kaedah ini pula mempunyai andaian berikut terhadap pembelajaran bahasa (khusus bahasa kedua): • Ia merupakan proses menguasai pola-pola fonologi, tatabahasa dan leksikal sesuatu bahasa kedua secara sedar. • Dapat dilaksanakan melalui pengkajian dan analisis sama seperti pembelajaran ilmu pengetahuan . • Mengutamakan pemahaman murid-murid terhadap struktur bahasa daripada kebolehan mereka menggunakan bahasa dalam situasi yang bermakna. • Setelah pelajar dapat menguasai struktur bahasa pada taraf kognitif yang tertentu, maka kebolehan untuk menggunakan bahasa akan berkembang secara automatik. Langkah-langkah pengajaran dalam kaedah ini merupakan penerangan bagi murid-murid memahami rumus-rumus tatabahasa. Ayat –ayat pecahan digunakan dan huraian unsur-unsur tatabahasa pula dibuat secara deduktif. Dalam pengajaran bahasa kedua perbezaan-perbezaan antara unsur-unsur tatabahasa sasaran dengan bahasa pertama, unsur perbandingan struktur ayat digunakan untuk memastikan kefahaman murid tentang rumus bahasa yang diajar. Contohnya membandingkan struktur-struktur ayat yang mengandungi imbuhan akhiran – kan dan - i bagi membolehkan murid-murid memahami imbuhan transitif dan transitif lokatif. Setelah murid-murid memahami huraian unsur-unsur tatabahasa yang diajar baharulah mereka diberi latihan peneguhan. Langkah-langkah pengajaran untuk kemahiran bahasa iaitu mendengar , bertutur ,membaca dan menulis juga adalah berasaskan huraian dan penerangan guru tentang konsep-konsep yang diajar. Hakikat yang dinyatakan di atas memberi gambaran bahawa kaedah ini mengutamakan pengajaran kecekapan bahasa atau rumus-rumus tatabahasa dalam pengajaran bahasa. Ciri ini adalah sama dengan cirri pengajaran bahasa melalui kaedah nahu terjemahan. Pengajaran unsur-unsur bahasa pula adalah secara deduktif dan huraian tatabahasa dibuat berasaskan ayat pencilan bukan ayat-ayat dalam kontkes penggunaan. Pengajaran bahasa pula lebih mengutamakan kecekapan bahasa daripada kecekapan berbahasa. 5.KAEDAH ORAL – AURAL ( Dengar–tutur ) Kaedah oral-aural atau kaedah dengar–tutur ini menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Kaedah ini bermula dengan sebutan lisan. Dialog dianggap realistiK dan ia dilatih tubi secara berulang kali.Latih tubi dan dialog dijalankan secara realistik dengan memberi perhatian kepada intonasinya yang betul. Perkara yang menjadi objektif bagi kaedah ini ialah sebutan penutur jati bahasa itu. Bahan pita rakaman boleh digunakan sepenuhnya, lebih-lebih lagi jika gurunya bukan penutur jati bahasa yang diajar itu. Alat pandang dan dengar digunakan dengan luasnya. Latih tubi semuanya dibentuk dalam situasi yang realistik, disertai dengan bahan pandang dengar yang lengkap. Latihan menyebut dan membaca bahan dikawal oleh bahan yang telah sisusun rapi. Sistem tatabahasa yang diberi kepada pelajar diperkenalkan secara induktif dan dengan pemeringkatan yang teratur. Perbendaharaan kata misalnya diberi sedikit demi sedikit pada awalnya dan selalunya dalam konteks yang bermakna. Kata-kata yang diberi itu ialah berdasarkan bukan sahaja frekuensi tetapi juga kepada gunanya. Setelah pelajar menguasai bacaan, latihan diteruskan pula kepada aktiviti menulis. Mula-mula latihan menulis ini dikawal oleh bahan-bahan yang telah dipelajari, dan hanya selepas itu baharulah latihan menulis bebas dibenarkan. Tujuan Kaedah Oral-aural ( Dengar-Tutur ) Objektif pengajaran bahasa mengikut kaedah ini adalah untuk membolehkan pelajar memperkembangkan keempat-empat kemahiran bahasa , iaitu : mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Tetapi dalam hal ini , mendengar dan bertutur diberi keutamaan. Kemahiran-kemahiran ini kemudiannya dijadikan asas untuk pembelajaran bacaan dan tulisan. Kaedah ini juga membolehkan pelajar memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa. 6.KAEDAH KOMUNIKATIF 1. Kaedah ini berasaskan teori interaksi .Penganjur kaedah ini berpegang kepada beberapa prinsip penajaran bahasa pertama, pengajaran bahasa mestilah berpandukan proses perolehan bahasa kanak-kanak.Oleh sebab proses pemerolehan bahasa kanak –kanak melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa,maka pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa ( tatabahasa ) serta kecekapan komunikatif ( ketepatan penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaan ) . 2. Struktur bahasa dapat dikuasai oleh pelajar-pelajar dengan cara yang lebih berkesan sekiranya mereka memberi perhatian terhadap makna. Andaian ini juga berasaskan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak,kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu.Oleh itu pengajaran bahasa pelajar mestilah menglibatkan aktiviti penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan lain-lain supaya mereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang diajar. 3. Pengajaran bahasa melalui kaedah ini mementingkan huraian unsure-unsur bahasa dalam teks dan wacana . 4. Pengajaran bahasa tidak boleh tertumpu semata-mata kepada aktiviti latih amal atau latih tubi unsur-unsur bahasa tetapi pengajaran perlu memasukkkan aktiviti-aktiviti penggunaan unsure-unsur tatabahasa yang dilatih tubi. Kesilapan bahasa selalunya bukanlah kesalahan bahasa. 5. Dalam proses pemerolehan bahasa kanak-kanak, kesilapan merupakan satu ciri yang lumrah. Keadaan ini berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk cuba menggunakan bahasa dalam situasi-situasi tertentu. Tegasnya kaedah ini bukan sahaja bertujuan untuk membolehkan pelajar menguasai kecekapan bahasa , tetapi kaedah ini juga bertujuan untuk membolehkan pelajar menguasai kecekapan menggunakan unsure-unsur yang dipelajari dalam berbagai konteks. Aktiviti komunikasi merupakan teras kaedah ini, dalam aktiviti 6. Pelajar diberi peluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam melaksanakan tugas yang dirancangkan oleh guru. Tiap-tiap tugas yang dirancangkan ini memerlukan pelajar-pelajar memilih dan menggunakan unsure-unsur bahasa yang telah dilatih dalam praaktiviti untuk berinteraksi dalam kontkes social yang diberi. 7. Beberapa teknik pengajaran perlu digunakan untuk memastikan yang pelajar-pelajar dapat menguasai struktur tersebut dan konteks pewujudannya.Teknik-teknik soal jawab dan latih tubi digunakan bagi melatih pelajar-pelajar menguasai unsure-unsur bahasa dalam pra aktiviti. Kaedah ini didapati mempunyai beberapa kejayaan dan kelemahan bagi Bahasa Melayu di sekolah menengah. Antara kejayaannya ialah bahasa ( tatabahasa) tidak dipelajari secara abstrak tetapi sebagai alat berkomunikasi. Guru dapat menggabungjalinkan pelbagai kemahiran bahasa dalam satu aktiviti pengajaran. Pengajaran bahasa lebih berpusatkan murid daripada guru. Murid yang diajar melalui kaedah ini berminat untuk belajar. Walau bagaimanapun, guru yang menggunakan kaedah ini berpendapat bahawa kaedah ini tidak bergantung semata-mata kepada buku teks sebagai bahan pengajaran. BAHAGIAN 3 TEKNIK PENGAJARAN BAHASA Teknik adalah satu bentuk pelaksanaan aktiviti yang direalisasikan di dalam bilik darjah. Ia berlaku pada peringkat pelaksanaan . Biasanya, ia bertujuan utuk membolehkan sesuatu objektif pengajaran itu dicapai dengan segera. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, pelbagai teknik boleh digunakan.Keberkesanannya bergantung kepada sejauh mana guru dapat memahamkan perenan mereka serta merancangkan isi, memilih aktiviti , memilih bahan dan mengenal pasti alat serta contoh-contoh yang akan digunakan. Berikut ini diperlihatkan beberapa teknik mengajar yang boleh dipilih dan digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran mereka. 1.TEKNIK BERSOAL JAWAB Teknik bersoal jawab ialah satu cara menyampaikan pelajaran yang paling popular dan paling kerap dilakukan oleh guru di sekolah.Guru- guru memilih teknik ini bukan kerana ia paling mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang paling berupaya mewujudkan interaksi yang berkesan di dalam bilik darjah. Disamping itu , ia menjadi alat yang efekktif untuk mengesan pemahaman, mmenggerakkan minda untuk pecernaan idea, konsep falsafah dan sebagainya. Selain itu ,ia juga menggalakkan kesangupan melahirkan peerasaan dan fikiran, penglibatan dan percaya diri di kalangan pelajar.Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukkan soalan-soalan dan pelajar memberi tindak balas sewajarnya. Biasanya , soalan-soalan yang digunakan adalah terdiri daripada jenis-jenis yang diperlukan untuk memerah dan mencunggkil fikiran. Ia bukan hanya bertujuan menguji atau menilai apa yang diajar, tetapi untuk membuka fikiran dan celik akal pelajar supaya mereka sedar atau nampak satu konsep atau prinsip baru yang akan dipelajari. Kejayaan menggunakan teknik ini biasanya bergantung kepada kebolehan guru merancang soalan-soalan dan mencetuskan secara spontan soalan-soalan baru ekoran daripada jawapan yang diberi oleh pelajar. 2.TEKNIK MAIN PERANAN Main peranan ialah satu lagi teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembeelajaran bahasa. Melalui teknik ini pelajar dapat gambaran atau contoh pengalaman secara spontan. Biasanya , main peranan melibatkan gambaran-gambaran pelajar terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan kemudian melakonkannya tanpa bantuan sebarang skrip. Main peranan kadangkala disebut juga sebagai ‘ ambil peranan’ atau ‘ sosiodrama’ yang mementingkan interaksi individu serta kumpulan dan dikelolakan dalam situasi kumpulan. Main peranan boleh dikehendalikan sama ada dalam satu kumpulan kecil atau besar . Proses main peranan ini biasanya bermula dengan pemilihan masalah yang sesuai. Masalah itu dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui fillem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.selepas itu , pelajar diminta melakonkannya. 3. TEKNIK MENGHAFAZ DAN LATIH TUBI Teknik menghafaz dan latih tubi ialah satu teknik pengajaran yang telah lama digunakan sejak beribu-ribu tahun sebelum masihi. Teknik ini digunakan oleh orang-orang Yahudi untuk mengajar agama dan perkara-perkara yang bersabit dengan Tuhan mereka . Pada masa itu teknik ini dapat digunakan secara yang amat berkesan sekali. Teknik menghafaz biasanya memerlukan empat langkah berikut : 1. Memikirkan bahan yang dipelajari : ini bermaksud pelajar diminta Menumpukan perhatian kepada isi kandungan yang harus diingat. 2. Mengulang bahan yang dipelajari : ini bermaksud pelajar dilatih berulang kali sehingga apa yang dipelajari itu menjadi sebati dan pelajar tidak teragak-agak untuk menyebutnya. 3. Mengucapkan bahan di hadapan guru : Ini bermaksud supaya orang lain dapat menyemak atau membentulkan kesalahan yang mungkin berlaku. 4. Mengingatkan bahan yang dipelajari: Ini merupakan peringkat terakhir dalam proses menghafaz . Pelajar diminta mengingatkan secara bersendirian bahan yang telah dipelajari itu supaya ia menjadi lebih kekal. Latih tubi ialah pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut, dan di samping itu menjamin kekekalannya. Teknik latih tubi amat sesuai dilaksanakan untuk pengajaran bahasa kedua, dan ia juga boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran, misalnya kemahiran melukis, menyebut perkataan, membina ayat-ayat atau meningat fakta-fakta yang penting. Seperti teknik-teknik lain, teknik latih tubi dan menghafaz ini juga mempunyai kelemahan-kelemahannya.Antaranya ialah ia mengehadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreatif pelajar. Namun begitu, pengajaran yang isi kandunganya memerlukan ikutan dan ulangan, teknik ini amat sesuai sekali digunakan. Guru harus ingat bahawa teknik yang hendak digunakan itu harus ada dalam penguasaan mereka, jika tidak pengajaran yang hendak disampaikan itu akan menjadi tidak berkesan dan membosankan. 4. TEKNIK PENYELESAIAN MASALAH Teknik penyelesaian masalah ialah teknik pembelajaran yang dilaksanakan bawah penyeliaan guru. Melalui teknik ini seseorang itu harus mengatasi rintangan atau halangan untuk mencapai tujuannya. Dewey ( 1933 ) telah mencadangkan beberapa langkah bagi melaksanakan teknik ini , iaitu : (a) Kenal masalah Biasanya teknik ini memerlukan pelajar mengenal dan mengesan masalah dan selepas itu perlu pula menyelesaikan masalah tersebut. Dalam situasi kelas pelajar boleh mengesan atau mengenal masalah melalui perbincangan atau melihat filem. Kemukakan soalan-soalan yang dapat dikaji sebagai masalah. Sewaktu proses mengenal masalah ini dijalankan, guru perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang bebas tanpa banyak sekatan . 5.TEKNIK BERCERITA 1. Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. 2. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. 3. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar. 4. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. 5. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. 6. Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah : 7. Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. 8. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa. 9. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting. 10. Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini. 11. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa. 12. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM. 13. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan. 6.TEKNIK DRAMA 1. Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. 2. Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. 3. Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya. 4. Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. 5. Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran. 6. Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar. 7.TEKNIK PERBINCANGAN 1. Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85). 2. Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru. 3. Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat. 4. Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat. 5. Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri. 6. Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut : 7. Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan. 8. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai. 9. Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan. 10. Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara yang betul. 11. Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut mana-mana yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya. 8.TEKNIK SUMBANGSARAN 1. Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea. 2. Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional. 3. Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis. Tujuan Sumbangsaran 1. Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid 2. Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas 3. Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum. 4. Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak 5. Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan 6. Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea 7. Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan. 8. Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi 9. Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? ) 10. Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik 11. Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan 9.TEKNIK SIMULASI 1. Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. 2. Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. 3. Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah. 4. Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis. 5. Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran. 10.TEKNIK PERMAINAN BAHASA 1. Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. 2. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. 3. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. 4. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu : 5. merangsang interaksi verbal pelajar 6. menambah kefasihan dan keyakinan 7. menyediakan konteks pembelajaran 8. bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan 9. bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan