Khamis, 9 Ogos 2012

TITAS - TAMADUN JEPUN

Sumbangan tamadun Jepun dari aspek politik, agama dan pendidikan yang relevensi kepada Malaysia. PENGENALAN Tamadun Jepun yang juga dikenali sebagai Daughter of Chinese Civilization banyak meminjam daripada budaya China dan diacukan dalam bentuk baru bersesuaian dengan budaya Jepun itu sendiri, seperti dalam bidang tulisan, agama Buddha, falsafah Konfusius dan lain-lain lagi. Masyarakat Jepun mengalami proses tamadun melalui beberapa tahap iaitu dari zaman Tokugawa hingga ke zaman Meiji dan moden. Hasil daripada proses modenisasi, Jepun menjadi sebuah negara maju. Zaman moden Jepun mempunyai hubungan erat dengan Barat. Ini berlaku apabila Jepun terpaksa membuka dasar tutup pintu kepada dunia luar melalui Perjanjian Kanagawa pada Mac 1854 yang mana Jepun terpaksa membuka pelabuhan Shimoda dan Hakodate kepada Amerika Syarikat, diikuti Britain (Oktober 1854) , Russia (Febuari 1855) dan Belanda (November 1855). Proses modenisasi pada peringkat awal dilakukan dalam skop agama Shinto, Buddhisme dan Konfusianisme. Pada tahap ini tamadun dari Barat dicanai begitu rapi sehingga tamadun yang dihasilkan adalah bersifat keJepunan. Keadaan ini dapat dilihat semasa pemerintahan Kesyogunan Tokugawa. Jepun mula masuk ke zaman moden bermula dari zaman Reformasi Meiji (1868-1912) dalam pelbagai aspek – politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. a. Politik Meiji mengembalikan semula kuasa politik kepada Maharaja Jepun dan pusat pentadbiran dipindahkan dari Kyoto ke Edo (Tokyo). Meiji menghapuskan sistem feudal yang selama ini dipraktikkan oleh Kesyogunan Tokugawa. Meiji mencontohi negara Barat dan mengambil contoh kekuatan ketenteraan, pengenalan sektor industri pertahanan seperti senjata dan pembuatan kapal perang. b. Pendidikan Meiji juga mengadakan reformasi pendidikan. Meiji telah menyerapkan teknologi pengetahuan dari Negara Barat kerana merasakan pelajaran penting untuk menjadi kuasa ekonomi dan militari termoden. Pelajar-pelajar dihantar ke Barat untuk mempelajari ilmu sains dan teknologi, serta perindustrian Barat. Seluruh sistem pelajaran adalah bagi melahirkan warganegara yang terlatih dan berdisplin. Perintah Diraja, kepatuhan dan penghormatan kepada raja harus diterapkan di dalam kurikulum setiap sekolah dan Pusat Pengajian Tinggi Jepun. Untuk memasuki sekolah tinggi yang bagus, seseorang itu perlu lulus daripada sekolah menengah rendah dengan baik dan dengan ini wujud persaingan dalam system pendidikan sejak dari tadika lagi. c. Agama Terdapat 3 agama yang sangat berpengaruh dalam masyarakat Jepun. Agama agama tersebut ialah: a. Shintoisme b. Buddhisme c. Konfusianisme Dalam konsep keagamaan pula diperkenalkan konsep Shinto Negara. Konsep Shinto Negara diperkenalkan iaitu Shinti Istana Diraja dan Shinto Tempat-tempat Suci telah disatukan (menyerapkan ajaran-ajaran Konfusianisme – Kung Fu Tze -. Ada juga sebilangan kecil penduduk Jepun yang beragama Kristian. 1.0. Sumbangan Tamadun Jepun Dari Aspek Politik Yang Relevensinya kepada Malaysia. Sumbangan Tamadun Jepun yang relevensinya kepada Malaysia dari aspek politik ialah; 1.1. Sistem Demokrasi Berparlimen 1.2. Mengamalkan system raja berpelembagaan 1.3. Perdana menteri 1.4. Sistem berparlimen 1.5. Semangat nasioanlisme 1.1 Sistem Demokrasi Berparlimen Jepun dan Malaysia telah mengamalkan konsep demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran raja berpelembangaan. Jepun menggunakan slogan ‘kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. Malaysia pula mengutamakan kebebasan rakyat di mana rakyat bebas bersuara dan berhak memilih kerajaan yang memimpin negara. Relevansi : sistem demokrasi berparlimen diamalkan oleh Malaysia kerana sistem ini menggambarkan suatu sistem yang member keutamaan kepada suara dan kehendak majoriti rakyat. 1.2. Mengamalkan Sistem Raja Berpelembagaan Jepun mengamalkan sistem negara raja berpelembagaan yang amat mengehadkan kuasa Maharaja Jepun. Jepun memiliki sebuah keluarga diraja yang diketuai oleh seorang Maharaja yang juga merupakan ketua Negara Jepun. Relevensi : Malaysia juga diketuai oleh seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di mana baginda merupakan ketua Negara Malaysia dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera. 1.3. Perdana Menteri Tugas Perdana Menteri Jepun ialah sebagai ketua kerajaan, begitu juga dengan Malaysia. Perdana Menteri di lantik melalui undian dari kalangan ahli-ahli Parlimen. Maharaja Jepun melantik Perdana Menteri berdasarkan keputusan parlimen Jepun, dan memberi penekanan atas pelantikan menteri-menteri kabinet. Bagi Malaysia, Perdana Menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan dengan automatiknya Perdana Menteri menjadi ketua pemerintahan Malaysia. Relevensi : sistem yang adil dalam pemilihan ketua Negara. Setiap Negara harus diterajui oleh seorang pemimpin yang berwibawa bagi menjamin kesejahteraan dan kemakmuran Negara tersebut. 1.4. Sistem Berparlimen Malaysia mengamalkan sistem parlimen dwidewan iaitu terdiri daripada Dewan rakyat dan Dewan Negara. Dewan Negara mempunyai 70 orang yang terpilih selama 3 tahun. Dewan Rakyat pula mempunyai seramai 222 orang ahli dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama 5 tahun dan selepas itu pilihan raya yang baharu akan diadakan. Relevensi : Sistem parlimen dwidewan ini relevan diamalkan adalah kerana penting untuk memastikan semak dan seimbang dilaksanakan dalam penggubalan undang-undang. 1.5 Semangat Nasionalisme Jepun dari dahulu lagi menyemaikan sikap anti imperialism Barat. Kekalahan British di tangan Jepun meningkatkan lagi semangat nasionalisme rakyat tempatan. Di Malaysia, semangat nasionalisme amat berkembang pesat. Ramai di antara rakyat Malaysia yang menerima latihan daripada Jepun, bersekolah Jepun, bekerja dengan Jepun atau menyertai pasukan-pasukan tentera Jepun. Relevensi : pandangan rakyat tempatan di Tanah Melayu terhadap British telah berubah dan inginkan kebebasan atas bantuan Jepun. 2.0. Sumbangan Tamadun Jepun dari Aspek Agama Terdapat tiga agama yang terpengaruh di Jepun, iaitu agama Shinto, Buddhisme dan ajaran Budhha. Agama Shinto adalah agama khas bagi masyarakat Jepun. Shinto bererti “Jalan Tuhan’ (kami-no-michi). Shinto berkait rapat dengan negara, bangsa dan alam Jepun dan merupakan simbol perpaduan dan kesetiaan kepada maharaja dan negara. Konsep Tuhan dan Dewa Dewi (kami) agak kabur kerana terdapat 8 juta Dewa Dewi yang dipercayai oleh masyarakat Jepun. Salah satunya adalah Dewi Matahari (Amaterasu-omi-kami). Dewi Matahari adalah Tuhan yang besar dan Maharaja Jepun dipercayai dari keturunan Dewi Matahari. Masyarakat Jepun tidak mempunyai nabi, pengasas, atau kitab suci. Pendeta Shinto telah menyusun dan menulis kitab untuk rujukan –Shinto Gabusho/Lima Buku ajaran Shinto. Dalam agama Jepun, mereka tidak ada falsafah dan etika. Semangat berkorban untuk Maharaja dan Tuhan ditanamkan ke dalam jiwa setiap rakyat. Ajaran Buddhisme mendapat tempat yang kukuh semasa pemerintahan Putera Shotoku pada 592 s.m. di mana Buddhisme telah dijadikan sebagai agama rasmi. Ajaran Buddhisme ini diterapkan dalam Perlembagaan 17 Artikel (mengandungi pelbagai aspek ajaran Buddhisme dan Konfusianisme)yang mewajibkan kakitangan kerajaan mematuhinya. Beliau juga menekankan pentingnya ajaran Buddha dan menjunjung tinggi “Tiga Harta Suci” iaitu Buddha, Dharma dan Sangha, Beliau juga menghantar pelajar ke China untuk mempelajari ajaran Buddha dan menulis 3 buah buku mengenai ajaran Buddha.Buddha Zen adalah ajaran yang paling mendominasi masyarakat Jepun di mana ia merupakan salah satu hasil himpunan alam fakir China yang tidak ingin kepada corak falsafah dan lebih kepada penerangan. Ajaran ini diminati kerana memberi penekanan kepada moral. Ajaran ini juga terkandung dalam Perlembagaan 17 Artikel. Pada zaman Shogun Tokugawa ajaran ini menjadi asas dalam pembinaan negara. Relevensi : mengamalkan kebebasan beragama sejajar dengan pelbagai kaum di Malaysia. Namun, agama rasmi adalah agama Islam kerana majoriti penduduk di Malaysia beragama Islam dan berketurunan Melayu. 3.0. Sumbangan Tamadun Jepun dari Aspek Pendidikan Sumbangan Tamadun Jepun dari segi Pendidikan dapat di lihat dari; 3.1. Konsep taat setia kepada pemimpin atau Negara sebagai landasan dalam pembentukkan sistem pendidikan. 3.2. Penekanan kepada perkembangan individu dari segi jasmani, rohani dan intelek. 3.3. Cintakan ilmu 3.1 Konsep taat setia kepada pemimpin atau Negara sebagai landasan dalam pembentukkan sistem pendidikan. Konsep taat setia kepada pemimpin atau Negara sebagai landasan dalam pembentukkan sistem pendidikan bermula pada zaman Meiji-reformasi pendidikan. Sistem pendidikan bertunjangkan kepada taan setia kepada pemimpin serta penekanan kepada pendidikan nilai dan pembinaan disiplin ilmu. Contohnya pada tahun 1980, perintah Diraja tentang pelajaran yang menghuraikan tentang kepatuhan dan penghormatan kepada maharaja harus diterapkan di dalam kurikulum sekolah dan institusi pengajian tinggi di Jepun. Malaysia pula berpegang kepada Falsafah Pendidikan di Malaysia dan konsep pendidikan di Malaysia boleh ditafsir daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) (lampiran 1) yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988. Relevensi : berdasarkan objektif pendidikan Negara, proses pendidikan dapat melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada Negara. 3.2 Penekanan kepada perkembangan individu dari segi jasmani, rohani dan intelek Zaman pemerintahan Meiji, pelajar-pelajar dihantar ke Negara Barat untuk mempelajari ilmu sains dan teknologi. Mengikut carta kedudukan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa yang disusun oleh OECD (lampiran 2) tahap pengetahuan dan kemahiran remaja Jepun berusia 15 tahun berada di tannga keenam terbaik. Jepun meningkatkan latihan ketenteraan untuk perkembangan jasmani rakyatnya dan penerapan dari segi rohani pula penerapan agama dan nilai dijadikan pegangan. Rakyat Malaysia pula masih berpegang kepada FPK untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Relevensi : • Jasmani ; tumpuan kepada kesihatan tubuh badan, penjagaan kesihatan, riadah, penggunaan bakat dan kemahiran teknikal dengan cekap, memanfaatkan tenaga fizikal untuk kepentingan masyarakat. • Rohani : sifat kejiwaan dan kebatinan seperti menyedari adanya pencipta, mensyukuri nikmat, perasaan sedar dan insaf terhadap tanggungjawab,dan berakhlak mulia. • Intelek : cintakan ilmu pengetahuan, manfaatkan ilmu untuk diri, masyarakat dan Negara, gemar membaca, berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan 3.3 Cintakan Ilmu Rakyat Jepun menjunjung tinggi dan mempunyai sikap hormat kepada pelajaran dan mempunyai sikap ingin tahu yang mendalam terhadap maklumat-maklumat. Pada akhir tahun 1888, terdapat hampir 30,000 pelajar yang menghadiri 90 buah sekolah swasta di Tokyo. Dalam memajukan pendidikan di Jepun, para remaja dan pelajarnya disajikan dengan kisah kejayaan dari Timur dan Barat. Di Malaysia, penuntut dihantar ke luar Negara untuk menimba ilmu dalam pelbagai bidang iaitu bidang sains, pentadbiran dan teknologi. Penerokaan dalam bidang ilmu juga dilakukan di mana Malaysia mengambil tenaga pengajar dari luar ke Malaysia dan membuat sistem tukaran pelajar anatara Negara. Relevensi : masyarakat di Malaysia digalakkan mencintai ilmu pengetahuan dan menimba ilmu melalui pembelajaran sepanjang hayat dan mengadakan kempen membaca dan cintakan ilmu. KESIMPULAN Jepun merupakan antara negara Asia yang maju dan setanding dengan negara barat. Apa yang penting ialah kegigihan masyarakat Jepun membangunkan negara dan ekonomi mereka perlu dijadikan contoh kepada negara Asia yang lain. Ini selari dengan apa yang digariskan oleh Al-Quran iaitu ...”Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri…..” Pemodenan yang dilakukan pada zaman Meiji adalah mencakupi pelbagai bidang. Usaha-usaha yang dilakukan menampakkan kejayaan pada masa singkat. Menjelang tahun 1874, Jepun telah Berjaya menyelesaikan segala masalah yang dihadapinya. Hal ini menyebabkan Jepun Berjaya mencapai kedudukan yang setaraf dengan Negara-negara maju. Sumbangan Jepun terhadap politik, agama dan pendidikan semasa kedatangan Jepun ke Tanah Melayu banyak mendatangkan relevensi kepada Malaysia. Banyak perkembangan yang diterima oleh Malaysia setelah ‘Dasar Pandang Ke Timur’ diamalkan. Justeru itu, sebagai rakyat Malaysia yang inginkan kemajuan, pelbagai perkembangan positif dari aspek social, ekonomi, agama dan politik harus diikuti dan diamalkan dan bukan hanya mengikut peredaran zaman secara membabi buta sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan